Akaun masjidlebaitokhashim.onpay.my telah dibekukan. Segala kesulitan yang dialami adalah amat dikesali.
DANA PEMBINAAN SEMULA MASJID TOK LEBAI HASHIM

Rayuan Sumbangan Naiktaraf Rumah Allah!!!

RM800, 000

Masjid Tok Lebai Hashim Semakin Berisiko Untuk Digunakan




Rasulullah SAW pernah bersabda : "Barang sesiapa yang membina rumah Allah (masjid) walau sebesar sarang burung sekalipun, Allah akan membina sebuah mahligai baginya di syurga nanti."



Masjid Tok Lebai Hashim di Bukit Minyak ini memerlukan dana sebanyak RM1.9 juta untuk menampung kos membaikpulih bangunan lama yang semakin usang.


Dengan sumbangan derma anda, Insha-ALLAH kita boleh bersama membaikpulih dengan membina semula sebahagian bangunan usang Masjid Tok Lebai Hashim di Bukit Minyak ini.


Struktur bumbung yang semakin reput dan mendatangkan risiko keselematan kepada jemaah.


Wang sumbangan anda akan digunakan untuk membayar kos kerja-kerja meroboh bahagian belakang masjid di mana bumbungnya mulai reput, berkarat dan struktur lain juga perlu diganti dengan binaan lebih kukuh.


Pembinaan ini perlu disegerakan untuk mengelakkan masjid ini ditutup operasinya kerana berkemungkinan mendatangkan risiko keselamatan kepada jemaah.


Sedih jika masjid yang berpuluh tahun dijadikan tempat solat dan meriah dengan aktiviti mengimarahkan masjid seperti bertadarus, ceramah agama, kuliyah agama dan solat berjemaah tidak dapat dilaksanakan lagi kerana tiada dana untuk dibaikpulih.




Tiada siapa lagi yang boleh membantu, jika bukan anda dan umat Islam di Malaysia.


Justeru kami menyeru semua yang cintakan rumah Allah dan mahu mendapatkan saham akhirat untuk mengambil langkah dengan bersedekah hari ini.



“Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai, tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi Meliputi ilmu pengetahuan-Nya."


 
(Surah al-Baqarah, ayat 261)



Ilustrasi bangunan baru yang akan dibina menggantikan struktur lama yang berisiko.